Selamat tahun baru 2009 kepada pencinta sekalian.
Kepada anda yang sedang bercinta, semoga bahagia dan sejahtera di samping yang tersayang. Kepada pasangan suami isteri, semoga ikatan rumahtangga anda berada di dalam keadaan yang lebih hormoni. Kepada anda yang di ambang putus cinta ataupun yang sedang putus cinta, semoga anda tabah mengharungi saat ini dengan kekuatan yang sememangnya ada pada diri anda. Kepada yang masih single dan masih tercari- cari pasangan, usah risau, jalan pasti ada mesti ada cara.
Sempena tahun baru 2009 ini, Seni Cinta mempunyai azam tersendiri iaitu untuk mencapai visi dan misi Seni Cinta. Berikut adalah visi dan misi Seni Cinta bagi tahun 2009 :
Visi : Menjadi Solusi No.1 Masalah Cinta di Malaysia
Misi: Membantu Lebih Ramai Insan Menyelesaikan Masalah Cinta Mereka
Kejayaan tidak datang dengan mudah. Kejayaan Seni Cinta pada hari ini bermula dengan satu NIAT. Saya, Hazwan, seorang bekas pencinta kecewa, hanya ingin membantu lebih ramai pasangan yang bermasalah di dalam hubungan cinta mereka mencari satu titik fokus- menuju ke arah hubungan yang bahagia.
Saya ingin mewujudkan satu keadaan di mana anda boleh berkata :
“Dulu bukan main susah lagi nak cari panduan untuk menyelesaikan masalah cinta. Kini, terdapat pelbagai panduan dengan tajuk yang spesifik di dalam bidang cinta, terpulang kepada kita untuk menuntut ilmu daripada panduan tersebut atau tidak.”
Saya bermula dengan menghasilkan Panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta, khusus untuk sesiapa sahaja yang sedang mengalami penderitaan dan permasalahan di dalam hubungan mereka. Saya simpulkan segala strategi dan teknik saya ke dalam sebuah panduan berbentuk ebook yang padat, agar senang dibaca, difahami dan sejurusnya dipratik untuk menikmati hasil yang berkesan.
Saya juga telah mewujudkan Blog Seni Cinta yang dijalankan oleh saya dan juga beberapa orang rakan sehaluan. Saya menggelar komuniti ini sebagai Team Seni Cinta. Selain dianggotai oleh saya sendiri, terdapat 3 lagi pencinta yang menyumbang pengalaman dan pengetahuan mereka untuk memantapkan lagi kandungan strategi dan tips yang dikongsi di blog ini.
Mereka adalah :
Saudara,
Awang Fahd a.k.a. Fahd- Pengkhususan di dalam bidang motivasi cinta dan juga photo editor di Blog Seni Cinta. Jika saya sibuk, Fahd lah yang mengambil alih tugas konsultasi pelanggan Seni Cinta melalui YM dan Gtalk. Pengalaman dulunya yang pernah menghadiri seminar Pakar Motivasi Gan Ah Seng dan juga Dato’ Dr Azman Ching memang mempengarui kemampuannya untuk menjiwai dan mendidik insan yang memerlukan bantuannya.
Mohd Johari a.k.a Joe – Seorang Internet Marketer, Copywriter dan juga Pencinta.Pengkhususan di dalam bidang Cinta Jarak Jauh. Beliau sememangnya pakar dan berpengalaman di dalam teknik ‘di luar kotak fikiran’ untuk mengekalkan cinta jarak jauh. Beliau sekarang tengah melakukan ‘deep research’ mengenai teknik mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.
Hafeez – Seorang yang suka berterus terang. Suka menyampaikan idea secara ‘direct’. Beliau fokus di dalam bidang ilmu hubungan INTIM intim setelah menyedari bahawa faktor keintiman sesebuah hubungan boleh disamakan dengan tiang rumah. Runtuhnya hubungan intim di dalam sesebuah hubungan, maka sudah pasti hubungan tersebut tidak stabil. Beliau sekarang tengah mengkaji ilmu keintiman lagenda seperti Karmasutra dan juga ilmu dari Barat untuk menghasilkan panduan keintiman cinta berlandaskan ajaran Islam dan untuk kesesuaian masyarakat kita.
Jadi, di tahun baru ini, Blog Seni Cinta akan membincangkan 2 topik hot permintaan tinggi iaitu CINTA JARAK JAUH dan 18SX (edukasi keintiman).
Saya terkejut kerana inspirasi untuk menjadikan Seni Cinta sebagai solusi no.1 kepada masalah cinta di Malaysia datang dalam bentuk ilham atau energi. Ianya seperti anda asyik memikirkan sesuatu perkara dan akhirnya sebuah idea (‘aha!’) datang. Cuma terpulang kepada anda untuk melakukan TINDAKAN terhadap ilham tersebut atau tidak. Saya MEMILIH untuk mengambil TINDAKAN.
Akhir sekali, saya menyeru anda supaya sama-sama kita berdoa agar masyarakat kita hidup di dalam keadaan bahagia, harmoni dan gembira. Keadaan kegawatan ekonomi, penghinaan kefahaman agama, bencana alam dan juga isu negatif politik negara amat menyedihkan.
Keputusan terletak di tangan kita sendiri sama ada untuk membiarkan kehidupan kita dibawa arus seperti arus deras sungai atau anda boleh membuat pilihan di dalam hidup anda, umpama anda mendayung untuk menuju ke arah laluan anak sungai kecil agar tidak dihanyuti arus deras ke arah air terjun.
Salam Jaya saya ucapkan kepada anda. Jadikan tahun 2009 sebagai ‘second chance’ atau apa sahaja untuk mengingatkan anda bahawa, PELUANG sentiasa ada.
Pastikan bagi semalam bagaikan mimpi, dan esok hanyalah khayalan, tetapi hari ini tetap hidup dengan lebih baik, menjadikan setiap semalam, mimpi yang menggembirakan dan esok – sebuah khayalan yang diharapkan
“Peneroka Ilmu Menyelamatkan Cinta”
{ 8 comments }




