Posts tagged as:

teknik cinta

Apakah Maksud Pasangan Anda Curang?

by AF Hazwan on April 26, 2009

Mengapa mereka yang sedang berada didalam sebuah hubungan cinta yang bahagia, berlaku curang terhadap pasangan mereka?

Bagaimana mereka sanggup berlaku curang sedangkan mereka tahu pasangan mereka adalah yang terbaik?

Kepada anda yang sedang membaca artikel ini, mungkin anda boleh katakan mereka ini adalah golongan yang bodoh! dan tidak bermoral. Hakikatnya mereka lebih dasyat daripada itu!

Curang adalah simptom dan bukannya penyebab mengapa…

Hubungan hari ini berlandaskan “Hakmilik” dan “Menguasai Pasangan”. Maksudnya, anda merasakan anda memiliki pasangan anda dan mengawal semua pergerakan pasangan anda. Hermm… Patut la semakin ramai yang rela menghabiskan rutin seharian mereka mengintai pasangan mereka… hehehe :)

Mari berfikir sejenak… Bayangkan kita semua hidup di dunia yang tiada batasan Kasih sayang, Cinta dan seks.

Maksudnya, adalah LOGIK untuk anda boleh berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks dengan orang yang TIDAK anda cintai, dan anda BOLEH mencintai orang yang anda tidak berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks. Adakah anda setuju?

Jika anda setuju, apakah maksud Curang?

Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan. Sedangkan Kepercayaan itu sendiri adalah “Hayat” kepada hubungan yang bahagia.  Jika anda fokus kepada perhubungan cinta yang berlandaskan kejujuran dan kepercayaan sepenuh masa, adalah tidak mustahil untuk pasangan anda curang. Mempercayai dan berkongsi segala kebenaran kepada pasangan anda sedangkan mereka tidak, adalah perkara yang paling sedih dan menyakitkan hati!

Penyelesaian kami di Seni Cinta untuk mengatasi masalah Curang adalah, cuba untuk berbincang “Talk Openly” dan berlaku jujur di antara satu sama lain tanpa perasaan marah, benci dan mengadili antara satu sama lain. Saya yakin dan pasti anda mampu lakukannya, kalau tidak mengapa anda bercinta dengan pasangan anda sekarang..hehehe :)

Cuba cari kelemahan dan “x-factor” yang anda dan pasangan masing- masing perlukan. Jika boleh, cuba terangkan segala- galanya kepada pasangan anda termasuk penerangan daripada pasangan anda sendiri, walaupun sehingga ke tahap terpaksa mengetahui pasangan anda tertarik kepada insan lain. Jika segala kebenaran terbongkar! Maka curang dapat di atasi :)

Salam Cinta dan Kejayaan!

{ 76 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Pengorbanan Sesebuah Kejayaan

2 minggu yang lepas ni kehidupan saya agak terumbang-ambing. Mana taknya, hampir setiap hari saya (and the geng) balik pukul 4,5 pagi. Ni semua kerana kerana saya and the geng menyertai sebuah pertandingan band tahunan ( 2 ribu penonton tu!) yang dianjurkan oleh International Cultural Club UTP yang diberi nama Euphonious. 

Latihan memang keras, dan ada kalanya saya menjadi stress. Sampai satu tahap, saya hampir give up dan mengatakan kepada diri sendiri, “Napelah masuk final, stress pulak jadinya”. Ya, kitorang masuk final dan kene la pulak menang ( demi penyokong2 tegar). Sungguh besar tanggungjawab itu. Hasilnya, kitorang dapat tempat ke-3, quite an achievement for us :)

Tercetusnya Sebuah Inspirasi

Dalam keadaan yang stress sebelum pertandingan, saya teringat saya pernah membaca buku Change Your Mind and Keep The Change hasil tulisan Steve Andreas dan Conniraie Andreas ( ini adalah buku NLP yang tidak pernah dijual di kedai buku tempatan). Di dalam buku tersebut ada satu bahagian di mana penulis menceritakan tentang satu teknik yang dicipta oleh salah seorang pengasas NLP iaitu Dr. Richard Bandler. 

Saya ketawa mendengar nama teknik tersebut. Nama teknik tersebut adalah “Fall Down Laughing” atau dalam bahasa kita jatuh ketawa terbahak-bahak. Lucu kan? 

Ok straight to the point. Saya akan ajarkan anda teknik ini dalam format yang teratur mengikut susunan langkah demi langkah.  Tapi pertama sekali saya nak bagi peringatan, jika anda merasakan teknik ini memperlekehkan masalah anda, jangan risau, saya akan beri penjelasan yang munasabah di akhir posting ini. Tidak kira anda mempunyai masalah cinta atau apa-apa pun, teknik ini pasti boleh menginspirasikan anda.

Ok, here are the steps :)

1. Fikirkan atau bayangkan dengan jelas jika anda tidak pernah mengalaminya – saat anda sedang bercakap dengan seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan (saya membayangkan professor saya yang beruban dan serius). Di sewaktu ketika anda sedang bercakap (berkongsi masalah) dengan beliau, terus wajahnya berubah dan ketawa terbahak-bahak sampai air matanya pun turut mengalir kerana tak tahan dengan apa yang didengarinya daripada anda. Semakin beliau hendak menghentikan ketawanya, semakin kuat lagi sambungan ketawanya.

2. Sekarang, fikirkan masalah atau situasi yang anda hadapi sekarang…

3. Sekarang, bayangkan dengan jelas and bercerita masalah ini kepada rakan anda (yang di atas tadi). Sebaik saja anda memberitahu dia tentang masalah anda, die terus “fall down laughing”/ketawa terbahak-bahak dan tak boleh berhenti tidak kira apa yang anda lakukan…

4. Fikirkan masalah anda tadi, adakah anda meraskan sesuatu yang lain tentang masalah ini?

Sekurang-kurangnya setengah daripada sejumlah orang yang melakukan teknik ini tidak MAMPU untuk menganggap masalah yang mereka hadapi sebagai isu yang serius lagi. Masalah mereka tiba-tiba menjadi seperti perkara ringan. Lebih-lebih lagi yang ketawa terbahak-bahak tadi tu adalah seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan yang tinggi ( mcm Tun Mahathir? ops).

Itulah dia, ketawa dan humor adalah perkara yang paling jarang digunakan untuk memberi kita kekuatan untuk mengatasi sesebuah masalah atau sebarang limitasi diri kita. Ketawa dan humor dapat memberi kita peluang kedua untuk melihat masalah kita di sudut berbeza yang kebiasaannya lebih baik dari saat kita melihat masalah kita pada mulanya.

Setengah lagi daripada orang yang melakukan teknik berasa MARAH. Apa taknya, masalah serius boleh dibuat bahan ketawa. Jangan gusar dan buat kesimpulan terlalu awal. Marah adalah satu perasaan yang positif jika dibandingkan dengan perasaan TERPERANGKAP atau STUCK dengan masalah anda.

Marah boleh mencetus diri anda untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Marah boleh jadi langkah pertama untuk anda keluar daripada masalah ini. 

Lihat, kesan teknik ini amat kuat sekali di dalam membantu anda melihat masalah anda dari sudut berbeza yang lebih positif. Ingat, perasaan yang saya puji ini adalah perasaan marah (kekuatan memikirkan pilihan), bukan perasaan marah yang boleh mencetuskan keganasaan seperti penderaan atau vandalisme (tanda akibat tiada sumber pilihan).

Well, hari Ahad memang hari yang tenang, dudukdi tepi tasik yang indah sambil menghirup kopi panas yang sedap. Apabila anda menghadapi masalah, ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya, cuma agak lambat saja untuk anda mendapat inspirasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kepada yang suka sedih memanjang, pada posting yang lepas saya ada kongsikan video putus cinta yang boleh memberi anda inspirasi. Enjoy!

 

Hazwan

Penggemar Kopi Sedap

{ 11 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Rahsia Menarik Cinta Seseorang

by AF Hazwan on February 18, 2009

Rahsia Menarik Cinta Seseorang.

Kepada kaum hawa, anda harus baca artikel ini serta merta.

Kepada kaum adam, anda akan terkejut setelah habis membaca artikel ini.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana sebenarnya proses tarikan berlaku. Tarikan yang saya maksudkan di sini adalah tarikan perasaan, emosi dan juga fizikal terhadap seseorang. Tertarik, tergoda, terpikat, jatuh cinta dan suka –  Ini semua adalah hasil prinsip tarikan.

Kepada yang sedang bercinta, cuba ingat kembali saat bagaimana anda berasa tertarik terhadap pasangan anda sewaktu mula-mula bercinta dahulu. Kepada yang belum pernah bercinta, cuba anda bayangkan bagaimana anda boleh berasa tertarik terhadap seseorang sekarang.

Sudah pasti ada di kalangan anda menyenaraikan kualiti dan nilai positif seperti

  • Baik hati,Sopan
  • Tampan, Cantik
  • Romantik
  • (Isi kualiti dan nilai anda di sini)

Biar saya terangkan.

Manusia sememangnya dijadikan Tuhan untuk hidup berpasangan. Otak perempuan dan otak lelaki dicipta dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Lantas, proses tarikan di antara mereka adalah satu perkara unik dan menarik untuk dibincangkan.

Bagaimana jika saya katakan bahawa kualiti dan nilai yang membuat anda tertarik terhadap seseorang tadi adalah jawapan yang logik sekali. (anda mula mengangguk kepala )

Jawapan tersebut ‘masuk akal’ tetapi tidak LENGKAP!

Jangan terkejut. Biar saya terangkan.

Proses Tarikan Bawah Sedar

Pada waktu dulu-dulu, saya sering kehairanan bagaimanalah seorang awek cun boleh ber ‘couple’ dengan lelaki yang bagi saya amat tidak sesuai. Secara tepatnya, 180 darjah tidak sesuai sama sekali. Begitu juga sebaliknya.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Hasil dari kajian dan pembacaan saya akhirnya baru saya memahami satu konsep yang secara naluri dan firasat normal memang tidak masuk akal. Hati kecil saya sendiri pun tidak setuju dengan apa yang saya baca ini. Anda pun sudah pasti akan terkejut.

Satu ayat ini mengubah persepsi saya tentang prinsip tarikan antara lelaki dan perempuan.

“Tarikan Bukan Pilihan”

Habis itu, apakah itu tarikan?

Tarikan sebenarnya adalah satu PROSES yang berlaku di minda bawah sedar kita. Erti proses adalah himpunan beberapa aktiviti yang berlaku untuk menghasilkan sesuatu. Dalam konteks perbincangan kita ini, hasil yang dimaksudkan adalah satu perasaan.

Cinta adalah satu proses.

Benci adalah satu proses.

Musnahkan pemikiran mistik anda sekarang yang menganggap perasaan seperti cinta adalah sesuatu yang mistik dan ajaib.

David De’Angelo, pakar ‘dating’ terkemuka dunia, yang memulakan teori ini dan menerangkannya secara mendalam di dalam buku bestseller beliau  « Attraction isn’t a choice ».

Maksudnya di sini, anda tidak berasa tertarik dengan seseorang kerana anda MEMILIH untuk tertarik dengannya. Anda tidak membuat KEPUTUSAN untuk berasa tertarik dengannya. Anda tertarik dengan segera.

Pernakah anda melihat seseorang yang [masuk nilai positif di sini] dan anda merasakan bahawa anda tertarik dengan dia. Perasaan tertarik berlaku serta merta. Sekelip mata hati anda berkata “Aku tertarik dengan dia”.

Lelaki mahupun perempuan tidak akan melakukan proses penambahan terhadap kualiti dan nilai positif hasil dari pemerhatian terhadap orang yang mereka suka kemudian menganalisa hasilnya. Hanya robot yang melakukan semua itu. Kita hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Dan apabila anda keluar dan bertanya kepada ratusan orang lain untuk mejelaskan proses tarikan yang berlaku di dalam hidup mereka, sudah pasti mereka akan menggaru kepala kebingungan untuk memeberi anda jawapan.

Segalanya berlaku di luar fikiran ‘masuk akal’ mereka. Ianya berlaku secara bawah sedar.

Jadi apa perlu anda tahu semua ini?

Jika anda hendak mencari pasangan hidup anda ataupun sekadar membina kembali daya tarikan anda terhadap pasangan anda sekarang, maka anda harus tahu bagaimana untuk membina daya tarikan tersebut.

Jangan tanya KENAPA, tanya BAGAIMANA anda boleh membina daya tarikan yang kuat untuk menarik cinta ke arah anda.

Tanya diri anda, apakah proses yang harus berlaku di minda si dia untuk dia menyukai dan tertarik kepada aku ?

Secara tepatnya, anda perlu belajar ilmu untuk bagaimana meransang sistem limbik, iaitu satu bahagian yang terdapat di otak manusia yang meransang perasaan suka, sayang dan cinta.

Terdapat banyak kaedah yang anda tidak pernah dengar langsung hasil daripada kajian sains psikologi komunikasi moden seperti NLP, Gestalt dan juga ESQ.

Kaedah yang menjadi kegemaran saya ternyata banyak bersumberkan kajian NLP. Cukuplah saya mengatakan bahawa sesetengah kaedah untuk membuat seseorang berasa tertarik kepada kita agak manipulatif dan dipandang sebagai cara kotor oleh sesetengah orang. Sehinggakan sesetengah komuniti NLP sendiri tidak bersetuju dengan ajaran seperti ini.

Bagi saya, ianya bergantung kepada niat kita. Manusia tidak dilahirkan di dalam keadaan serba tahu. Manusia diberi kurniaan untuk belajar untuk menggunakan ilmu mereka ke arah yang mereka hendak tujui.

Saya tidak akan menghuraikan teknik-teknik kontroversi di dalam artikel ini kerana ianya cukup panjang dan memerlukan perbincangan yang lebih mendalam. Anda pun boleh pening nanti.

Cukuplah saya berkongsi kepada anda mengenai prinsip yang boleh mengubah hidup anda serta merta setelah anda habis membaca artikel ini. Anda telah pelajari bahawa manusia mempunyai proses tersendiri untuk berasa tertarik terhadap seseorang, dan proses tersebut berlaku di minda bawah sedar mereka atau ‘under the radar’.

Implikasi daripada kefahaman baru ini adalah anda mula membina satu kepercayaan di mana anda tidak semestinya memerlukan kualiti dan nilai positif yang hanya terdapat pada sesetengah insan yang beruntung. Anda tidak perlu ketampanan, kecantikan, dan kekayaan untuk menarik pasangan hidup anda.

Anda mempunyai satu kelebihan iaitu memberi fokus dan tumpuan anda untuk meransang minda bawah sedar orang yang anda minati untuk membuat dia tertarik kepada anda. Ini semua adalah ilmu moden yang tidak dibincangkan secara terdedah di Malaysia.

Kebanyakan teknik menyelamatkan cinta yang saya kongsikan di dalam Ebook Seni Selamatkan Cinta menggunakan ilmu moden kontroversi ini. Saya menggunakan ilmu ini di dalam kehidupan saya sendiri dan begitu juga komen positif dari pembaca yang telah mempraktiskan teknik yang saya kongsikan.

Bila anda rasakan kehidupan anda tidak seindah insan lain, usah gusar kerana kita dilahirkan dengan kekuatan tertentu. Kita mempunyai minda yang sentiasa menghormati dan berjuang untuk tuannya, iaitu diri kita. Anda sebagai tuan haruslah memberi pengisian yang berkualiti untuk minda anda agar ia dapat memproses pengisian itu dan menjadikannya matlamat perjuangan baru.

Untuk menutupi perkongsian saya hari ini, saya senaraikan isi utama yang anda harus fahami untuk menarik cinta ke dalam hidup anda.

  1. Tarikan Bukan Pilihan.

    Seseorang tidak membuat pilihan secara sedar untuk menjadi tertarik terhadap seseorang. Ianya berlaku di minda bawah sedar. Jika anda tahu untuk meransang minda bawah sedar seseorang, sudah pasti anda akan dapat apa yang anda mahu dari dirinya.

  1. Perasaan Tertarik Adalah Satu PROSES

    Cinta, sayang, rindu, suka, benci. Apakah semua ini?

    Ianya tidak lain tidak bukan hanyalah satu PROSES. Anda tidak boleh tiba-tiba berasa sayang atau rindu. Perasaan sayang dan rindu hanyalah satu hasil akhir daripada beberapa aktiviti yang berlaku di dalam minda kita.

    Musnahkan kepercayaan limitasi anda yang mengatakan perasaan itu adalah nasib atau takdir semata-mata. Jika anda mengetahui bagaimana untuk membuat seseorang memulakan sesuatu proses di dalam minda mereka ( katakana perasaan cinta), maka anda akan menjadi orang yang paling bahagia yang pernah anda ketahui di muka bumi ini.

    Ok, semoga perkongsian dan 2 pengisian penting yang saya tulis pada artikel ini dapat membuka mata hati anda tentang satu kesedaran bahawa hidup anda cukup indah dan peluang hanya menunggu anda untuk menggapainya.

    Hazwan

{ 5 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...