Teknik Memujuk Pasangan Anda Untuk Melakukan Perkara Yang Anda Inginkan.

by AF Hazwan on

Bagaimana perasaaan anda jika anda mempunyai satu alat dan apabila BUTANG pada alat tersebut ditekan, POOF!!, pasangan anda secara sukarelanya akan menuruti setiap cadangan anda – malah melakukannya sambil tersenyum?

Alangkah baiknya kalau kita semua memiliki alat tersebut, sedia untuk digunakan pada saat kita mahukan pasangan kita mendengar kata kita tanpa membantah atau bertengkar dengan kita.

Namun, bidang psikologi telah membuktikan bahawa manusia amat benci kepada teguran biarpun dengan niat yang baik dan manusia juga amat menyukai pujian.

Jadi, anda mula berfikir alangkah baiknya jika anda boleh membuat pasangan anda melakukan tindakan yang anda ingini dengan menggunakan pujian.

Ya, rahsia Persuasion yang saya ingin kongsikan kali ini adalah teknik pujian, secara khususnya dinamakan teknik  ’2 lwn 1′.

’2 lwn 1 ‘ bermaksud berikan 2 pujian untuk setiap 1 perkara negatif.

Sebagai contoh, katakan anda tidak senang dengan cara pasangan anda berpakaian selekeh. Kalau anda menegur secara direct, kemungkinan dia akan terasa kerana maklumla ego sesetengah insan ni agak tinggi :) .

Jadi anda boleh memberikan 1 pujian permulaan dahulu seperti berikut,  ” Sayang(gantikan dengan nama manja anda sendiri) mesti selesa berpakaian seperti tu kan? Dan saya rasa sayang akan kelihatan lebih smart bila sayang pakai macam kita keluar dinner dengan mak dan ayah saya dulu” (pujian 1)

“Saya dapat bayangkan sayang kelihatan macho dan tampan bila berpakainan macam tu untuk ke majlis reunion sayang malam ni. Pasti rakan-rakan lama sayang kagum dengan first impression sayang.” (pujian 1)

Analisa :

1 Perkara Negatif : Berpakaian selekeh.

Pujian pertama     : Pakai kemas seperti sewaktu ketika dahulu.

Pujian kedua        : Rakan kagum.

Adakah anda mulai memahami apa yang saya kongsikan ini? Anda boleh bayangkan menggunakan teknik ini serta merta untuk apa jua keadaan kepada pasangan anda hari ini, esok dan selamanya agar hubungan anda kekal bahagia menuju ke arah fantasi impian seperti yang pernah anda impikan dahulu :)

Jumpa lagi dan semoga berjaya.

Hazwan

Sang Pencinta Unik

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 8 comments… read them below or add one }

1 zool October 3, 2008 at 7:25 am

Wah bestnya tips ni untuk orang yang baru berjinak2 dalam alam percintaan…

Reply

2 raz October 16, 2008 at 4:10 am

owh macam tu ke caranya. selama ni sy cakap direct je. tak tahulah dia terasa atau tak sebabnya dia tak pernah tunjuk pun apa yang dia rasa. yg pasti dia takkan follow sume arahan sy. dan akibatnya kami gaduh dan terus gaduh. sekarang pun still gaduh lagi sampaikan sy off henset sebagai tanda protes dkt dia.

Reply

3 A.Fahd Team SeniCinta October 26, 2008 at 6:30 am

Raz: wah, biasala tu.. gaduh di alam perhubungan cinta ni kebiasaanya akan mewujudkan pemahaman yang positif antara satu sama lain. Itu pun jika masing- masing setuju mengakhirinya pergaduhan dengan cara yang betul.

Reply

4 Gemini November 1, 2008 at 3:50 am

sy pun kdg2 xpuas ati gak ngan boy sy…sy suka cara mcm len tp dia dengan cara dia…tp bila dah syg sgt2 tu kena time gak la…skali2 tu bila kita bandingkan dgn org len terasa ati nie mcm berubah gak la…biase ler dah yg dtg tu taste org yg kira idam2kan maner xcair beb….so arap2 tu skali2 tu cuba laikut yer ape yg awek tu nak…bkn utk org len diri sendiri mereka dan kga mereka gak…

Reply

5 lonelyeniel April 29, 2009 at 5:08 am

em,kamk tok slalu jak gaduh.padahal kmk syg gilak ngan nya ya.mun kmk c jmpa nya.nya akan mrh ngan kmk.kdg2 kmk sampaikan 1 minggu sik bka nz..tpi kdg ya jua kmk tkt nya berubah hati ngan kmk.

Reply

6 Fahd Team Seni Cinta April 29, 2009 at 5:51 am

LONELYENIEL: Berkelayi dalam perhubugan cinta tok nang besa bah…

Mun boleh, cuba mbak kelaka mena2.. Mun sik jumpa ya cuba padah bena2 dengan nya apahal sik pat jumpa.

When dah bercinta tok nang sikpat lari daripada “Keinginan mok selalu berjumpa”..

Mungkin ktk jenis nok sik kesah mun sik jumpa, tapi gerek tak jenis nok mok salu jumpa.

So, mbak jumpa n klaka menar2, kmk yakin ktk duak dapat berbincang bah, mun sik, sikkan tak duak pande bergerek..

All the Best!

Reply

7 sheherra September 2, 2010 at 9:17 pm

pasangan sye terlalu rendah dri kerana berpendapat dia tidak layan untuk sye…….help me

Reply

8 nieyna lina July 22, 2011 at 8:36 pm

aduiii….bb pjuk memujuk nem fail laaa…
ad idea x??? :(

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: