Pernah Terfikir Untuk Tinggalkan Dia? Baca Ini

by AF Hazwan on

Ada Apa Dengan Cinta Sejati?

Satu perkara yang paling menyakitkan yang boleh dialami oleh sesorang yang terlibat di dalam sebuah hubungan adalah untuk membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Jika anda mengalami situasi ini, saya faham bahawa saat pertama anda berkata kepada diri :

Aku dah tak boleh sayangkan dia lagi.

… adalah saat yang paling menyakitkan dan menyedihkan bagi anda. Ini kerana anda telah memberi segala-galanya kepada si dia. Anda berikan komtimen anda. Anda berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada dia. Anda memberi si dia kepuasan zahir dan batin.  Total giving.

Anda berfikir, alangkah baiknya kalau anda boleh baring, lelapkan mata dan tidur agar hari esok bakal berubah. Anda harapkan satu keajaiban untuk si dia berubah. Harapan paling besar anda adalah semua ini tidak pernah berlaku langsung dan anda juga harapkan masa boleh berundur setahun dua ke belakang. Sudah terlambat.

Setelah berfikir panjang, sekarang anda sedar bahawa anda telah lama menangguh untuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.

Saya percaya dan sentiasa berharap anda boleh lakukan perkara yang boleh menyelamatkan cinta anda selagi ia berada di dalam kawalan anda. Anda mungkin boleh mencari bantuan profesional seperti kaunselor, meminta nasihat orang tua, atau membaca Panduan Seni Selamatkan Cinta. Tetapi anda mungkin sudah mencapai tahap di mana anda berfikir bahawa inilah masanya untuk ‘move on’ dan ketika ini anda hanya ada dua pilihan : 

Terus bersama atau tinggalkan dia.

Ini adalah masa untuk mengakhiri hubungan anda bila :

  1. Anda sedar anda tidak selesa/sepakat/sehaluan dengan dia. Anda harus menyukai dia sebagai mana anda mencintai dia. Memang cinta adalah segalanya, tapi cinta sahaja tidak cukup sebagai alasan untuk anda terus bersamanya. Anda mesti berasa selesa dan berasa anda sebahagian daripada dirinya. Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu anda jika anda menghadapi masalah dengannya. Anda tentunya akan berasa lebih bahagia bersama orang yang anda cinta dan selesa untuk hidup bersamanya. 
  2. Anda rasakan tiada ‘chemistry’ seksual antara dia dan anda. Jika anda dan pasangan anda sedar bahawa tiada tarikan seksual yang boleh mengikat anda berdua, maka kedua-dua anda dan pasangan anda harus membebaskan diri masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh memberi anda keperluan ini. Sebelum itu, anda harus cuba sedaya upaya dahulu untuk membetulkan keadaan untuk mengelak keputusan yang terburu-buru dan memberi kesan penyesalan yang mendalam di kemudian hari.
  3. Anda dan dia mempunyai destinasi berbeza. Saya percaya bahawa setiap situasi ada pengajarannya. Begitu juga anda dan pasangan anda di dalam hubungan sekarang ini. Anda sudah dapat pengajarannya. Sudah tiba untuk anda meneruskan perjalanan anda. Apabila sebelah pihak di dalam sebuah hubungan sudah berubah dan mempunyai haluan berbeza dari segi kehidupan dan matlamatnya, maka hubungan itu sudah tidak boleh memberi anda keperluan emosi yang anda perlukan. Move on.
  4. Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri tidak mahu selesaikan. Masalah di sini melibatkan ‘masalah besar’ yang dihadapi oleh pasangan anda seperti masalah ketagihan dadah, alkohol, atau pornografi. Jika pasangan anda MEMILIH untuk tidak melakukan apa-apa terhadap masalah ini atau lebih teruk tidak mengaku bersalah maka anda tiada alasan kukuh untuk tidak mengakhiri hubungan ini segera.
  5. Si dia menolak untuk bekerjsama membaik pulih hubunggan anda. Situasi ini adalah yang paling menyedihkan dan teruk sekali. Jika si dia memang tidak secara aktif ataupun memang tiada niat langsung di dalm usahanya untuk memulihkan kembali hubungan anda biarpun dia ada conflict dalaman, maka anda harus sedar bahawa tiada kesepakatan di dalam hubungan ini. Carilah yang baru. ( topik kontroversi untuk dibincangkan)

Satu yang saya nak anda ketahui di sini adalah jika anda dan pasangan anda sudah tidak sehaluan tetapi anda masih ada perasaan sayang terhadap dia, ketahuilah setelah anda bersama yang baru kelak, anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih dari apa yang anda ada bersamanya sekarang. Inilah hukum alam yang anda patut sedari. Psikologi manusia sentiasa menginginkan yang terbaik dan lebih barik dari yang lepas. 

Tapi aku masih cinta dia. 

Tulisan saya kali ni khas untuk membantu anda membuat keputusan lebih-lebih lagi kepada anda yang tengah mengalami situasi seperti di atas. Walaubagaimanapun, saya tetap membuka ruang kepada perbincangan mengenai isu ini agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Jika anda masih berasa tersekat kerana perasaan cinta anda yang menghalang anda membuat keputusan rasional, maka luahkan di ruangan komen agar sahabat yang lain boleh memberi pandangan masing-masing. Cinta memang boleh membunuh. Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan. Namun, kita berhak untuk menerima kebahagian dari orang yang betul-betul menyayangi diri kita seadanya.

Berikan pendapat anda di bawah

 

Hazwan

Pernah meninggalkan seseorang

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 85 comments… read them below or add one }

1 Cinta December 13, 2011 at 12:54 am

perbezaan agama dan halangan keluarga telah memisahkan kita tetapi kita masih lg bersm secara rahsia+hubungan jrk jauh sehingga sekrg ni…patutke kita teruskan hubungan cinta ini???

Reply

2 muiz December 22, 2011 at 5:17 pm

saya ni bukan nak tinggalkan pasangan saya tetapi pasangnan saya saya yang beniat macam tu terhadap saya. saya tak tahulah knapa boleh jadi cam ni saya taktau apa silap say sehingga dia bersikap demikian say cuba lakukan yang terbaiak untuk dia segala perkara yang dia tak suka saya akan cuba elak dari pada lakukan tetapi dia masih bersikap macam tu say dah tak tau nak buat aper saya sayang dia sangt sangat saya taknk khilangn dia kerana dalam hidup ni saya pernah dikecewakn oleh perempuan n pasangan saya yang ni adalah perempuan yang kedua dalam hidup saya saya taknk kekecewaan itu datang kmbali…..

Reply

3 SALLY MELLY December 26, 2011 at 7:13 pm

Sy nk tinggalkn dia tp ase tkt sy ase myesal nnt?mcm mn nk buat?

Reply

4 blue_pearl January 8, 2012 at 9:06 pm

…sy & psgn dlm hbgn cinta jarak jauh..dier di shah alam..sy diperak…kami berjmpe kkdg xsmpi 5x setahun….tp itu xmnjdkn mslh kerna ..sy taw dier setia…tp skng hati sy..sakit..sbnyer..dipertemuan terakhir dier menceritakan impian dier stlh dpt krja bru n gji yg lumayan..dlm impian tersebut..tidak lngsung dier ckp utk sunting sy sbgi isterinya…yg ada..dier nk bli keta n umah..dier nk merasa sprt org len..yg sy skit..hbngn neh da nk msuk 7taun..tnpa sbrg ikatan…apakah yg perlu dilakukan…dlu dier ckp umo 26 elok da kawen..tp skng….sy da tkot utk mengharap….:l

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: