Tips Cinta 2 Cara Mudah Elak Pasangan Curang

by AF Hazwan on September 13, 2012

Salam hormat kepada pencinta sekalian.. Agak lama juga saya tidak berkongsi tips cinta kepada Anda semua. Segak kebelakangan ini kita banyak digemparkan dengan kisah- kisah pasangan curang.. Apa lebih sedih apabila masalah pasangan curang ni berlaku kepada kita sendiri.. Sedih :(

Apa yang bakal saya kongsikan kepada Anda bukannya tips cinta yang sekadar bacaan kosong tetapi.. Saya akan kongsikan sekali kepada Anda teknik dan strategi yang efektif untuk mengelak pasangan Anda daripada curang…

CARA 1 – Perbaiki Atau Ubah Penampilan Anda

Penampilan sebenarnya antara elemen penting di dalam perhubungan cinta. Ramai pasangan yang memandang remeh penampilan mereka. Sehinggakan wujudnya statement seperti berikut:

“Tak kisah aku gemuk atau kurus, dia tetap sayangkan aku”

“Ala rupa tak pentingla… Stakat bini/laki aku, dia tak kisah pon..” 

Bahaya! Jika anda mula setuju dengan statement di atas…

Mungkin sekarang Anda merasakan penampilan bukannya isu penting di dalam hubungan Anda. Tetapi ingat.. Penampilan sebenarnya boleh menjejaskan hubungan Anda..

Perkara paling buruk yang boleh terjadi adalah apabila Anda mulai sedar, pasangan Anda mula MENILAI penampilan Anda dengan “Orang Lain”.

Apakah Langkah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Memperbaiki Penampilan?

Langkah 1 – Sedar dan kenali “Kelemahan” penampilan Anda sekarang.

Langkah 2 – Perbaiki kelemahan penampilan Anda.

Langkah 3 – Kekalkan penampilan baru Anda berdasarkan citarasa pasangan Anda.

Langkah yang begitu mudah tetapi memerlukan “Kepercayaan” dan “Kekuatan” Anda untuk melaksanakannya…

CARA 2 – Ubah Serta Perbaiki CARA Anda Berkomunikasi Dengan Pasangan Anda.

“Komunikasi adalah asas perhubungan manusia”… Jadi kalau dah jadi asas kepada perhubungan manusia maksudnya…

Hubungan Cinta Juga Perlukan Komunikasi…

Melakukan komunikasi adalah cara yang mudah.. Tetapi, berkomunikasi dengan cara yang BETUL adalah perkara yang berlainan.

Berikut adalah beberapa contoh Teknik komunikasi yang pernah saya kongsikan di dalam Ebook Seni Selamatkan Cinta.

Berdasarkan kajian seorang pakar psikologi iaitu Robert Cialdini yang terkenal dengan kaedah “6 Key Principles of Persuasion”… Antara elemen komunikasi yang ditekankan beliau adalah..

Meletakkan elemen “because” atau “kerana” di dalam skrip arahan Anda kepada pasangan.. Mari kita lihat contoh:

 ”Sayang… Tolong buatkan abang air kopi sekarang…”

ATAU

“Sayang… Tolong buatkan abang air kopi sekarang… Sebab abang haus la.. Lagi pun kalau abang buat sendiri tak sedap macam yang sayang buat…”

Dua skrip arahan yang membawa maksud yang sama tetapi memberi mesej yang BERBEZA..

Adalah menjadi lumrah otak manusia untuk BENCI kepada sesuatu yang berbentuk arahan kecuali… Arahan yang “diselitkan” dengan elemen SEBAB ataupun KERANA.

Bagaimana Anda Boleh Aplikasikan Teknik Komunikasi Di Atas Di Dalam Hubungan Anda?

Langkah 1 – Kenali situasi di mana pasangan Anda akan mengelak arahan Anda.

Langkah 2 – Sediakan beberapa skrip arahan yang diselitkan eleman sebab dan kerana.

Langkah 3 – Amalkan di dalam hampir setiap arahan Anda kepada pasangan.

Kesan daripada Cara ini… Pasangan Anda akan mula “menyenangi” dan apa yang lebih penting adalah…

“Pasangan Anda mula SUKA dengan cara Anda berkomunikasi sekaligus meningkatkan RASA Sayang kepada Anda…”

Anda boleh melakukan latihan komunikasi ini kepada pasangan dan komen hasilnya di blog saya…

Dua cara yang saya kongsikan di dalam artikel tips cinta saya pada kali ini memang terbukti 100% boleh mengelak pasangan Anda daripada curang kepada Anda… Itu pun jika pasangan Anda 100% benar cintakan Anda…

Nak tahu “Rahsia Bagaimana Ketahui Si Dia Benar- Benar Cintakan Anda?”… Nantikan Artikel saya yang seterusnya :)

p/s: Anda tak perlu habiskan puluhan ribu ringgit untuk mengupah perisik peribadi HANYA kerana ingin mendapat jawapan YA ataupun TIDAK pasangan Anda curang…

Salam Sayang Semua

AF. Hazwan

 

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 8 comments… read them below or add one }

1 Zaza September 13, 2012 at 6:14 pm

Tapi kalau pasangan dah curang macam mana nak hadapi…?? sye maseh sayangkan die walaupun die pernah curang. Pernah dulu cuba nak tinggalkan die tapi tak dapat. Now still sayangkan die.

Reply

2 AF Hazwan September 13, 2012 at 6:32 pm

Dah pernah curang pun Zaza still sayangkan die. Ni maksudnya Zaza betul- betul sayangkan pasangan Zaza.. Nak menghadapi situasi seperti ini terletak dengan kekuatan Zaza sendiri.

Zaza dah beri pasangan Zaza peluang sebenarnya dah membuktikan Zaza kuat dalam menghadapi kes curang seperti ini.. Cuma nasihat saya, kalau sekali curang tu still boleh beri peluang.. Kalau dah selalu tu haaa.. keputusan Zaza sendiri yang tentukan..

Selamat Menghadapi Cabaran!
AF. Hazwan

Reply

3 Harith September 13, 2012 at 6:17 pm

Hahahaha nice artikel! Nanti boleh la try kat bini aku mlm2.

Reply

4 AF Hazwan September 13, 2012 at 6:36 pm

Thank you Harith :)

Kalau dah try tu boleh la kongsi sedikit feedback untuk kami semua di Blog Seni Cinta…

Selamat Mencuba!
AF. Hazwan

Reply

5 Nur Azfyn mysara September 16, 2012 at 5:03 pm

Slm af hazwan. . Sblum ni beberapa kali sy cube cntct af hazwan bg mnyelesaikn mslah sy,kerana sy xtau bgaimana caranya ingn membli ebook saudara. .sblum sy bcrita lbeh jauh,izinkn sy memperkenalkn diri sy.. Sy brumur 17 thun dan tgal di ampang selangor. .kisah sy ini bermula dlm tahun ini. . Sy bkenalan dgn sorg lelaki melalui kwn sy. .lelaki trsbut brnama afizi faiz brasal dr perak. .stelah bkenalan hbgan cnta kami slama 4 bulan amat membhagiakn sy walaupun kami x pernah bjumpa,dn sy mampu meneruskn plajarn dgn smpurna krna kbhagiaan itu. .. Masuk bulan kelima perangainya mula dingn dgn sy,sy tgk kt fb dy sgup list org len sbgai wife,dy kate tu kwn dy,mase g tusyen sy menangs2 telef0n dy,dy bjanji dy xkan curang,dy xkn tgalkn sy dan sbgainya. . Sy pgang janji beliau, hdup sy maken terseksa bila hari2 yg mendatang cinta kami makin hmbar. .slalunya tiap mlm kami brgayut..tp bila sy kol f0n dy asyk waiting memanjang,bnyk kali sy menitiskn air mata,dn kalau sy cerita mungkin af hazwan sndri jemu,pelbgai cre sy cube lakukan tp hambar,shnggala sy jumpe blog af hazwan,sy dpt merasakn sdikit harapan..namun hampa bila sy xdpt nk bhubung dgn af hazwan,rakn2 x dpt membntu sy bg mendpt kn ebook af,sy kecewa skali lg, ap yg mampu sy lakukan bila sy menatap kbhagiaan yg dy lalui bsama perempuan lain stiap hari ?? Airmata sy kering af hazwan,bjuta kali sy mengatakn bnci namun sy mseh xdpt melepaskn dy. .apa lg yg mampu sy lakukan bila wanita yg bru dkenalinya membritahu sy bhawa mereka sling brjumpa keluarga masing2? Tiada kata2 maaf yg lelaki itu tujukan kpada sy yg pernah dberi harapan tgi dgn cintanya, dy cuma memaki hamun sy dan meminta sy agar tidak menganggu kbhagiaan sy. .ya allah kejam nya dia. .hati saya sakit af hazwan,shangga sy dlm pelajaran. .beberapa hari sy cube lepaskn dy stelah 8 jam sy menangs tanpa hnti. . Sy cube untk lupakn dy dgan cari pasangan lain,tp sy hpokrit,sy nyatakn cinta pada lelaki lain,hakikatnya sy mseh mencintai lelaki itu. .sy tkot akn mnyakit kn hati lelaki yg menyayangi saya :‘( tlg sy af

Reply

6 Insan yang Pernah Kecewa January 19, 2013 at 6:50 pm

Saya rasa tak salah klu sy membahasakan diri saya kakak dan saudari adik. Usia adik baru 17 tahun, dan akak rasa tiada apa-apa pun yang adik perlu kecewa kerana adik masih muda dan perjalanan adik masih jauh lagi. Adik, dalam hidup ini, adik akan jumpa ramai orang dan biasalah zaman canggih yang ada FB, Twitter dll ini, adik akan jumpa ramai kenalan dari pelbagai lapisan masyarakat. Akak tak tahu berapa usia teman lelaki adik, tetapi daripada apa yang adik ceritakan dia mungkin lelaki yang sudah bekerja. Lelaki jenis ini biasanya lebih bersedia untuk berkahwin tetapi adik pula masih bersekolah. Nama pun lelaki memang akan melirik ke arah wanita lain. Adik ini, baginya hanyalah sebagai pengisi lapangnya. Dia memang tidak pernah serius dengan adik sejak mula lagi. Akak tak tahu sejauh mana hubungan adik dgn dia, ttp. nasihat akak ada baiknya adik tumpukan perhatian dan teruskan cita-cita adik. Lagi satu, drpd memikirkan dia baik adik fikirkan org yg lbh sayangkan adik, spt. ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan sekeliling. Jangan memalukan diri sendiri dgn menghubungi dia lagi sbb dia tak pernah anggap adik wujud pun dalam hidupnya. Dia sudah dewasa dan pilihan hati lelaki dewasa selalunya wanita yang sama sepertinya yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Selain daripada wanita, lelaki juga mengharapkan wanita yang bakal dikahwini itu stabil baik dari segi kewangan atau fizikal atau mental.Tak usahlah adik membazir masa dengan memikirkan atau menanti sesuatu yang tak pasti. Percaya pada ketentuan Tuhan. Suatu hari nanti, adik ttp. akan bertemu dgn pasangan yang lagi tahu cara nak membahagiakan adik. Pokok pangkalnya, adik harus baiki diri dulu dan dapatkan apa yang adik cita2kan. Salah satunya bahagiakan dulu ibu bapa. Barulah fikir soal cinta. Jgn rosakkan diri hanya kerana lelaki yang tak pernah anggap adik wujud pun. lagi satu, akak rasa adik masih mentah dan belum cukup matang utk tahu apa itu cinta. Apa yang adik rasa sekarang ini hanyalah keinginan ingin tahu dan keseronokan semata-mata. Kebahagiaan yg adik selalu katakan itu bukanlah bahagia sebenarnya ttp. keseronokan semata-mata. Macam entri di atas kata, anggap ianya sesuatu yang normal. Ada orang yang banyak kali putus cinta dan tunang, tetapi disebabkan mereka tidak putus asa, mereka berjumpa jodoh yg diidamkan. lagipun dalam usia adik yang terlalu muda ini, kalau bukan dia yang berubah mungkin adik yang berubah. Sebab, adik mungkin masih lincah, cergas dan mungkin akan kenal ramai lelaki. Silap2 hari bulan adik yang mainkan dia. Mungkin itulah yg sang lelaki itu fikirkan. Sbb itu dia tinggalkan adik begitu sahaja kerana dia tidak mahu teruskan sesuatu hubungan yang dia rasa tak selamat dan tak pasti. macam akak cakap tadi perjalanan adik masih jauh lagi. Apa kata dari adik benci dia, adik fikir sesuatu yang positif ttg si dia. Mungkin si dia tidak mahu menganggu adik kerana sedar adik masih belajar dan dia mungkin mahu adik tumpukan pada pelajaran dan cita-cita adik. Dia juga mungkin rasa bersalah kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Jadi, dia memilih utk bersama dgn wanita yang seusia atau muda sikit darinya yang lebih bersedia utk berkahwin. bagi melupakan perasaan itu, janganlah bersendirian, luangkan masa dengan keluarga atau rakan-rakan. jika diajak keluar atau bercuti, pergi sahaja. Tambahkan kenalan di dunia realiti bukan FB atau laman sosial. Kali ini, jika ada yang melamar sebagai kekasih hati, adik harus fikirkan dua atau tiga kali sebelum menerimanya. jika dia sesuai dan tercatit utk adik, dia akan sabar menanti. Banyakkan solat hajat, zikir dan pergi ikut kelas agama. Bergaul dgn rakan-rakan yang berfikiran positif dan buat masa ini, ada baiknya adik jgn hubungi dia dan kalau perlu rehat dari FB buat sementara waktu. Itu sahaja pandangan dan nasihat akak. Akak doakan adik berjaya dan Insya Allah bila sampai masanya nanti, adik akan menemui kebahagiaan. Ingat, kebahagiaan sesuatu yg mmg kita tak tahu bila kita akan kecapi tetapi kita harus berusaha ke arahnya….:)

Reply

7 Diana September 20, 2012 at 6:44 pm

Best artikel ni :) First time bace artikel cinta yg straight to the point.. Artikel lain banyak sangat motivasi yg kosong… Puisi la.. Lirik lagu la.. Seriously tak membantu langsung.. Enjoy reading! Sape sebenarnya AF Hazwan nie…?

Hari tu my fren ade beli ebook pasal selamatkan cinta. My fren cakap interesting giler.. Teringin nak jumpe AF Hazwan in person la!

Reply

8 sham February 22, 2013 at 12:03 am

akk sy nk mintk pndpt..sy dan awek sy dh 3 tahun kapel..tp sejak dy pulg ke kmpg dy..dy dh mle brubh..dy dh mle pnadai lyn laki2 len..lepas satu satu laki yg dy sllu mcj n kol..sekarang pun dy dingin sgt dgn sy..bila sy tnya kn sapa yg dy hndk plih..dy kata dy cintakn sy…cuma dy ingin bkwn dengan semua llki..di alam maya..tp apa mknye kalau sblm ini lau dy hndak blik ke kmpung halamn dy akn jmp sy dlu,tp skrg tidak..kwan bek dy ckp dy akk jumpe llki yg dy sllu hbgi tu..nama nya hafif..saya amat cemburu..puas sy mengs dpn nya..tp jnji nya hanya sehari..dy kata tidak boleh tkda llki tu..dy suka bkwn dgn lki tu..apa sy nk bt kak?sy ykn dy cntakn sy..tp sy tak mmpu kawal cmbru ni kak..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post: