Tips Cinta Hubungan Jarak Jauh

by AF Hazwan on July 21, 2008

Hi Pencinta sekalian.

Hazwan di sini dan pada posting kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga hubungan jarak jauh agar terus berkekalan malah lebih hebat daripada keadaan sekarang.

Sebagaimana yang kita tahu, cinta antara dua insan hendaklah mempunyai penghubung atau ‘connector’ yang menyambung kedua-dua hati mereka.

Jadi persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh?

Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu :)

Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.

1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.

Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.

Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) )

2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.

Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).

Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.

3) Beri kejutan kepada pasangan anda

Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ’selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.

Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )

Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.

Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini.

Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.

Semoga Berjaya. Jumpa lagi ….

Sang Pencinta Unik,

Hazwan

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 46 comments… read them below or add one }

1 laila September 12, 2008 at 6:37 am

cinta jarak jauh best…macam saya =)

Reply

2 tiah September 13, 2008 at 5:40 pm

cinta jarak jauh??suck..i hate it…kerna jarah lah memishakan i gn sidia…

Reply

3 puteri September 20, 2008 at 1:49 pm

cinta jarak jauhhh????benci!benci!benci!x ske!!!
SUCKK!!!

Reply

4 Mansor October 7, 2008 at 9:16 am

Good tips… Love to read this post.. Aku pun tak suke hubungan jarak jauh.. Terus terang, sekarang ni aku tengah couple ngn awek Sabah.. Jauh memisahkan kami..huhu~

Reply

5 suean October 22, 2008 at 3:50 am

cinta jarak jauh best..yg penting kejujuran pada pasangan kte…dats da important things

Reply

6 Nilam~ October 24, 2008 at 5:00 am

owh sape pernah alami cinta jarak jauh macam saya?

-jarak ribu ribu ribu kilometer@batu nautika.
-tiada hubungan telekomunikasi yang dapat digunakan kecuali satelit fon dengan kos USD10 = 11minit sahaja. Owh tu pun bergantung pada dia nak kol ke tak nak.
-berjauhan selama berbulan2 tapi selalunya tak kurang 4 bulan.
-dah kawen.

silalah masuk dalam kasut saya..:)

Reply

7 ruzfizarahman February 19, 2010 at 9:48 pm

urm,same lah cam sye….ne tnggl smpai 5blan tapi tue tak bmkne die tak sygkn kte an??nak wat cmne dah rezki die kat situ…so,ble dah bcinta ni ne lah tggg sglenye…dan cinta jrak jauh nie skit pun tak wat sye mrana..asalkan die dan sye slg sya n slg setia tue dah ckup…

Reply

8 A.Fahd Team SeniCinta October 26, 2008 at 10:16 am

Seorang Pengeran Cinta pernah berkata, “Sejauh mana JASAD kita dipisahkan itu tidak penting, yang penting sejauh mana HATI kita dipisahkan”..

Merujuk kata- kata itu saya sendiri pada mulanya agak kurang setuju.. Ini kerana “minda separa sedar” saya mempercayai hubungan cinta jarak jauh tidak akan berpenghujung.

Ironinya, saya sendiri pernah berkawan dengan seseorang yang di mana pasangannya sedang melanjutkan pelajarannya di New Zealand.. 5 tahun.. wow!..

Dan kini, mereka sudah pun mendirikan rumahtangga.. Anak 3… hehehe. Realiti ini telah mengubah 100% kepercayaan saya terhadap kualiti perhubungan cinta jarak jauh..

Saudara Hazwan sendiri telah mendapat “inspirasi” daripada realiti itu maka, terhasillah sebuah artikel cinta yang cukup berguna ini.. Syabas :)

Nilam: Terima kasih sebab singgah ke blog SeniCinta Nilam.. Perkongian yang cukup bermakna.. Siap dengan costing untuk komunikasi..hehe :)

Kepada semua pencinta yang lain, just remember… Nasib hubungan cinta anda terletak pada keputusan Anda!

Jalan pasti ada mesti ada Cara!!! :)

Reply

9 eza November 10, 2008 at 11:46 am

cinta jarak jauh benar2 menduga kesabaran..
kadang2 sepi…
call,sms,mms, 3g, view web cam…
semua tak bejaya buat rinduku terubat
i kat malaysia..dia kat saudi arabia.
tuhan jer yg memahami perasaan ini

Reply

10 A. Fahd Team Seni Cinta November 10, 2008 at 12:15 pm

Eza: Wow, u kt Malaysia dier kt Saudi Arabia..hehe jauh tuu..

Xpe.. ““Sejauh mana JASAD kita dipisahkan itu tidak penting, yang penting sejauh mana HATI kita dipisahkan”..

Gud Luck kepada Eza untuk hubungan jarak jauh ni.. All the best for you :)

Reply

11 zara umaira November 28, 2008 at 2:41 am

cinta jarak jauh mcm saya jugak..
sakit+perit semua ade..
da 2 kali nak putus.. mcmana..
n kebetulan malam td pun nak putus hahaha..
tuh yang cr tips n lastly jumpa blog ni!
bagus blog ni.. ;)

Reply

12 ieda December 10, 2008 at 11:13 am

cinta jarak jauh???
macam saya…break pun sebab ini lah
musnah segala-galanya..apa nak buat tak ada jodoh

Reply

13 fyza January 8, 2009 at 2:44 pm

saya sekarang sedang berada dlm situasi ini..cinta jarak jauh..tp ssh la nk jumpe..dia di uk..dan saya di KL..setakat ini hubungan kami berjalan dgn lancar..tp kadang2 tu sy rasa tak yakin jugak…bulan depan sy akan ke new zealand untuk menyambung pelajaran..jarak kami akan bertambah jauh..13 jam beza masa dr uk dan nz..saya hanya harapkan yg terbaik dlm hubungan ini..amin

Reply

14 Fahd Team Seni Cinta January 8, 2009 at 5:45 pm

Zara Umaira: takpe, tula cabaran cinta jarak jauh..

ieda: Jodoh memang tuhan yang tentukan tetapi kita yang usahakan. Takpe, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..hehe

fyza: AMIN.. takpe fyza, zaman sekarang nie cara yg terbaik adalah manfaatkan TEKNOLOGI KOMUNIKASI.. I yakin kalau u n pasangan u betul- betul komitmen terhadap hubungan nie PASTI akan suksess~ :) Gud Luck..

p/s: Lame dah tak view posting nie.. neway, HAPPY NEW YEAR everyone!

Reply

15 antares_gurlz April 8, 2009 at 5:27 am

haiii……saya bimbang lar takut pakwe saya tu men kayu tiga…tp dlm ati sy kena pkir positif jgn pkir bkn2….kekdg tu timbul juge perasaan tu…..coz sebelum nie dia pernah berhubung dgn rakan prempuan kat tempat dia kerja tu…siap “sayang2″…lg tu pun saya check pun dia..kalau x tak saya pun x tau…sampai kan kte owg gaduh pasal nie…..tu yg saya bimbang sagat nie…..please??? tolang bg nasihat utk sy supaya tidak syak wasangka terhdpnye….

Reply

16 evanca April 23, 2009 at 1:23 pm

sy pn bercite jarak jauh gk,tp alhmdlh setakat ni hubungan kami baik2 je,moge kami kekal selamenye….i love him so much…..

Reply

17 cala cantara December 9, 2009 at 4:00 am

walaupun jarak kami xder la jauh sgt,cumer kl n jb jer..
tp sebab dier sibok,weekend pon xdpt jumper..
sms,call j la pengubat rindu..
selalu gadoh bile sy tnyakn biler nk jumpe..
tp tu xbermakna sy curang ngn dier..
sy syg sgt2 kt dia..
setakat ini,hbungn kami ok je,,doakn kami kekal…
love him damn much..

Reply

18 green May 22, 2009 at 6:25 am

sy pon tgh alami cinta jarak jauh… sedih sangat… hampir nak give up, tepaksa bekorban dulu.. tapi hub kiteorg masih stabil lagi, selalu berhubung 2 yg paling penting… macam2 dirisaukan, die kat sabah, sy kat kl… tapi sy slalu berdoa… hopefully evrything going 2 be fine… i cant wait 2 see him again… love him sooOO much.. kpd sesape yg becinta jarak jauh jugk, same2 kite berusaha ye.. cayo2!

Reply

19 fyza May 24, 2009 at 10:55 am

jgn sedih..sy lg jauh dr si dia..sy dia new zealand,dia di uk..11 hours away..sy mlm dia siang..tp kami okey je..weekend slalu skype..wlpn masing2 bz dgn study..we both just hope for the best

Reply

20 azin addin May 29, 2009 at 3:17 pm

emm..kita suma senasib kan..bilalah dugaan hidup ini akan berakhir..rasa dah give up sgt..tlg la sya selamatkan hubungan cinta kami..saya terlalu cintai die..kerna skali cinta aku tetap cinta

Reply

21 mysteriuos May 31, 2009 at 1:36 am

hai… mys melalui hubungan jarak jauh juga, tapi hubungan yg jauh dari dua benua… dia org msia dan kena berkja d europe dan mys disini,…jadi mcmana nak ikut tips yang diberikan..setiap hari kami akan chatting sahaj sehingga masing masing xnk mmberikan harapan apa apa antara kami…sakitnya….walau sama sama berterus terang apa yang terjadi antara kami tp adakalanya mmng menyakitkan terutama dia yang xnk mys terluka lagi…. doakan la moga permohonan dia untuk bertukar ke asia akan di luluskan…. huk huk huk sedeynye

Reply

22 GADIS July 10, 2009 at 3:07 pm

WAHH..MENARIK TIP AWK..MEMANG CINTA JARAK JAUH MEMBAHAGIAKAN.. TP XTAHAN BILA RINDU DATANG..JARAK NAK PERGI BJMPA DENGAN SI DIA JAUH LE N MEMRLUKAN BANYAK WANG..

Reply

23 matahari August 13, 2009 at 7:31 pm

salam pada kawan2…cinta jarak jauh…menarik, tertarik, ditarik tapi tak pernah serik. kadang rindu, kadang benci, kadang suka, kadang duka, kadang marah tapi langsung tak pernah mengalah. pertemuan jarang2 berlaku melainkan ada urusan kerja baru dapat bertemu dan melepas rindu. tiga bulan sekali, 6 bulan sekali dan pernah setahun setengah sekali, namun tak pernah jemu. inilah indahnya, sakitnya, peritnya, harganya bagi hubungah jarak jauh yang menuntut kita jadi orang yg teguh, setia dan sentiasa bersedia dengan dugaan yg bakal tiba. uniknya hubungan jenis ini terasa segar, nyaman, khayal, manis tapi jangan leka dibuai rasa cinta. saya mendoakan agar kita semua bahagia dengan pilihan yg telah dibuat kerana adakalanya ia bukan disengajakan tapi lebih kepada ujian kematangan. saya sudah hampir tiga tahun melaluinya walaupun pertemuan kami hanya belangsung sebanyak 8 kali sahaja. Jangan berharap terlalu tinggi tetapi bersederhanalah menempuhinya. anggap ia asam garam yang mengajar kita erti kehidupan.

Reply

24 geram September 30, 2009 at 4:52 pm

mmm, rasanya susah nak d gambarkan kerana sy mengalaminya.
nak katakn percaya, memang lah kita akn mempercayai nya. tp kalau dah banyak kali si dia mempermainkan sy, rasanya mcm d pergunakan saja. baik tinggalkan saja. kalau nak call pun susah, nak sms pun dah malas nak reply, asyik busy jer mcm mana nak saling memahami..
dulu bukan main menabur janji2 manis, tp hampeh. janji tinggal janji.
wlpun sudah diingatkan jangan melakukan perkara itu lg, tp masih jg berlaku.huh
setakat ini hampir 3 kali kami cuba utk clash, itupun sy yg minta, tp dia minta utk berbaik semula. kalau sekali 2 x apa lah juga, tp kalau dah masuk yg ke 3 nie rsnya dah tercabar jugak kesabaran nie.
nak ditinggalkan kasihan la pulak.

so, baik cari yg lain yg memahami kita.
yg masih lg mempertahankan long distance love, wish u all good luck.
yg kecewa… hehe buang jer memori dgn c dia. jgn d ingatkan lg..

Reply

25 as October 18, 2009 at 12:33 pm

saya setuju pendapat n nasihat hazwan coz saya adalah salah seorang yang menjalinkan hububgan jarak jauh..hubungan kami hampir 4thn..saya belajar kat utara dan couple saya br hbs study dan skrg bekerja smbilan sblm smbng study,kami tiap2 hari berhubung melalui telefon,sentiasa berbincang sekiranya ade perkara yg musykil..family kami pn dah th ttg hubungan kami..alhmdulllah semuanya baik..

Reply

26 Lily October 29, 2009 at 1:39 pm

kdg2 tabur janji semanis madu!!!kapel lame2 mla la mcm2..bila study jauh mula ah ati berubah!!sy pown pnh kena,tp mybe bkn salah sebelah pihak ja..stiap yg terjd mesti da sbb pendek kata law manusia xda pendirian dia cm lalang mudah dtiup kesana kemari..so cintai lah sesorg iklas kerana ALLAH,coz ALLAH lebih taw dari hambanya..

Reply

27 anis November 6, 2009 at 11:23 am

rite…same cm kesah anis…jb-selangor…jauh n sush nk jmpe…pnh dy wt seprize dtg pat kije anis x ckp…tq my dear…wlwpn jauh,ktorg x pnh ptus hbugn…kol,sms,n ym pkare wjib bg ktorg ari2…tekadkn kt ati msing2 ykin n setiye…rndu sgt sme dy..hope hbugn ktorg kkal ke akhirnye n dy wt seprize ag..hehehehe….

Reply

28 520 November 7, 2009 at 9:38 pm

sy pun alami perkara yg sama…sy berada di egypt..tmn wanita sy di malaysia..rindu sy padanya hanya tuhan je yg tau..sy sentiasa menghitung hari untuk berjumpa dengannya..walaupun kami dipisahkan dgn jarak..tapi..sy tetap menyayanginya..520

Reply

29 aza November 8, 2009 at 12:49 pm

cinta jarak jauh…….aku la mangsanye. no komen

Reply

30 iedaSyaida November 11, 2009 at 9:32 am

sakit cinta jarak jauh… tanggung rindu dan segala perasaan.
sakit bertambah dgn kecurangan si dia. cinta jarak jauh buat kita 4 tahun menanti.
sakit bertambah-tambah bila dia wat xtau je kat kita..
sakit cinta jarak jauh.. kepercayaan kita di permainkan..
sakit… kesetiaan kita di sia-siakan…
lagi sakit bila segala sebab pepisahan n kecurangan dia di letakkan di bahu kita..
antara cinta yang jauh dan cinta di depan mata…
cinta depan mata hari2 jumpa.. luah perasaan n dating seperti pasangan bercinta yg lain.. cinta yg jauh di suruh nanti dan terus menanti……..
bila dah terbongkar segala2nya, yg jauh ditinggalkan..yg dekat semakin rapat..
cinta jarak jauh….. dulu sunyi.. skrg pun sunyi…
cinta jarak jauh wat hati merintih pedih..
x sangka segala penantian ini adalah sia2…..
ya Allah… kesakitan ini xdapat di bendung lagi….
ku mencintainya ikhlas setulus hati ini.. ku menanti dan menanti..
tp kenapa ini balasannya??? aku masih dalam kemurungan mengenangkan segala kenangan dan kesalahan yg dia letakkan di bahuku.
adakah kesalahan aku yg memberi semangat pdnya utk bekerja tentera dr xbkerja lansung????????????
kini hidupku umpama lagu siti nurhaliza.. kesilapanku, keegoanmu.. fuh air mata je yg menemaniku…. cinta jarak jauh………………………………

Reply

31 enersya November 16, 2009 at 8:48 pm

sy kurang percaya hubungan jarak jauh….
sy dh penah kena tipu dulu…
sakit sangat….
so bf sy yg baru ni pn agak jauh tp xla jauh sgt mcm xbf dulu….
tp sy tetap curiga….

Reply

32 Adi November 19, 2009 at 5:44 pm

biasalah curiga2 ni. yang penting pandai jaga hubungan jarak jauh ni. kalo dah kene sekali tu mmg payah nak yakin 100% kat hubungan baru. tapi, asalkan tak buat ksilapan yang lepas dahlah.

Reply

33 haikalhj December 2, 2009 at 1:14 pm

serahkan sume kpd Allah SWT……tawakal kepadanya

Reply

34 tyo December 9, 2009 at 12:57 pm

Q juga punya tips menarik bwt temen2 “tips cinta agar langgeng” download aja: http://www.ziddu.com/download/7639355/TipsCintaAgarLanggeng.rar.html

Reply

35 saya December 15, 2009 at 10:40 am

salam..
saya dulu bercinta jarak dekat..almost sethn lebih..hepy n seronok!!
tapi sekarang jarak memisahkan kami..
ohh sangat berbeza ok!!
bercinta jarak jauh ni menyakitkan..yes.sbb kte xtau pasangan kte buat apa kat sana..memang kdg2 dia inform, tp adekah dia btol2 transparent?
lg senang dia bermesra dgn pmpuan lain masa kte takde..
(dan perempuan gedik akan mula menggedik)

memangla jujur dan percaya..tp menda kte xnmpk dpn mata, kte xtau..kan??
manusia ni mampu berubah..(i didnt say dia curang..)
tapi.. siriesly i hate the long distance relationship!!
it killed us~

Reply

36 MOHD FUAD December 19, 2009 at 1:22 am

saya pon mengalami cinta jarak jauh… Tp xde la jauh sangat..
just sorang dekat KL sorang kat PENANG…..hurm…
tips ini boleh la pakai….

memang cinta jarak jauh sangat PEDIH…
tapi kalau cinta kita betul2 cinta sejati yang datang dari sedalam-dalam hati yang ikhlas.. kita pasti mampu melawan masalah JARAK….
jadikan teknologi komunikasi sebagai jalan kita berhubung…

PLEASE DOAKAN HUBUNGAN SAYA DAN KEKASIH SAYA HINGGA KE ALAM RUMAH TANGGA

Reply

37 dida December 29, 2009 at 11:41 am

cinte jarak jauh??
hurm..bergantung kepada individu la..
tapi kalau sebelah pihak je yang bersungguh2 n setia,x menjadi jugak..
ape pun.moga rakan2 lain yang bercinta jarak jauh ni dapat mengecapi kebahagiaan bersama..
amin.. :)

Reply

38 ain akma a.k.a nurakmaqurratu'aini January 8, 2010 at 11:52 am

kebaikan cinta jarak jauh yg plg utama…
menghindarkan dri drpd melakukan dosa2 kecil yg blh menymbang kpd ketidakberkatan sstu hbgn tersebut…

Reply

39 hazi January 15, 2010 at 1:12 pm

di sbb hubungan jd agak hambar.. sy cpt2 search petua apa saja utk nyelamatkn keadaan..
kami x jauh n x dkt sgt la.. sy di PENANG dan dia di KUANTAN..
kami terpisah disbbkn oleh masing2 dah abis blajar..
buat msa ni, sy pcaye kn dia. sbb masing2 belum dpt kerja sbb kami bru saja dpt result. apa akan jd lepas masing2 dh bkerja. dh sibuk dgn urusan seharian?
family sy pulak jenis yg susah nak bagi sy keluar ke mna2.. jd cmna nk jmpa?

mcm dlm tips2 kt dlm ni, kami jgk ada gunakan teknologi mcm YM, mms n sgala mcm.. tp smp bila? mmg perit la.. mudah2an, ada hikmah sebalik dugaan mcm ni.. kisah sy x seperit kisah2 yg lain2 kt cni.. yg terpisah antara benua dan sbgnya..

saya doakn utk semua yg comment kt cni.. smoga hubungan jarak jauh anda bkekalan hingga jinjang pelamin dan seterusnya bahagia hingga ke anak cucu.

wasalam..

Reply

40 AF Hazwan January 15, 2010 at 3:41 pm

Hazi,

Terimakasih kerana memberi komen di sini.

Situasi ini normal kerana jarak memang boleh menyusahkan
seperti yang dinyatakan oleh hazi.

Hubungan jarak jauh, biasanya akan jadi hambar walaupun
selalu ber YM/sms/call.

Kunci utamanya adalah untuk melakukan sesuatu yang di luar
kebiasaan. Create a surprise. Or ada juga yang suka create
crisis ( x semestinya jadi drama queen).

Do something start from today.

Reply

41 idayu January 22, 2010 at 10:42 am

cinta jarak jauh.. tak di nafikan mmg ada istimewnya.. yg jauh selalu rasa merindu. kata org,,rindu eratkan kasih sayang. tp tak berbaloi lah jika dr sebelah pihak sj yg berusaha utk perthnkn hubgn jarak jauh tersebut… terpulang lah pd pasangan. sy rasa yg pling pnting dlm membina hubgn jarak jauh ni adalah saling percaya, dan setia antara satu sama lain. sy sntiasa berusaha utk berfikir scra positif ttg hubungan jarak jauh ni.. even sy juga prnh menjadi mangsa. 3 thun bercinta, last2 kita dpt tau yg dia dah khawin scra terpksa dgn pmpuan lain… sakit mmg sakit.. tp sy pcya rencana tuhan adalah yg terbaik utk sy.. mungkin ada jodoh sy yg sebenar sdg menanti…….

42 bunga January 23, 2010 at 10:23 pm

cinta jarak jauh nie memg sangat menderitakan. skrg aku mengalaminya. aku kat mlysia n dia kat indon masih belajar lagi. tips yg diberikan “psgn yg bercinta kenalah selalu berhubung”…tp masalahnya kalo bg sms pn kadang2 bls n kdg2 xbls (alasan dia bz wat tesis), pastu komen2 aku dlm friendster dia pn asik delet jer(pdhal komen aku biase jer, xdela jiwang2 yg leh memalukan dia), dah tu xnk add aku pn dlm facebook dia. hati aku sungguh sgt terluka. mungkin dia xnk kawan2 dia taw aku kapel ngan dia.tp aku mula berpikir ikhlaskah dia kat aku???…tp aku asik rindukan dia…oh tuhan, tolong la aku…benarkah dia jodohku????

Reply

43 DY9 February 3, 2010 at 6:44 am

assalamualaikum…

saya tak pasti jika blog ini masih aktif dan menerima atau tidak komen2 yg ditatapkan disini…

saya sekarang berada dalam hubungan cinta jarak jauh…jauh antara dua benua…Brunei dan Malaysia…kami amat menyayangi satu sama lain…saya belum pernah lagi merasa cinta seseorang sehebat sidia…memang pada mulanya kami mengambil keputusan untuk bercinta jarak jauh ni atas dasar suka sama suka dan kasih sayang yg kuat…

tapi dalam masa yang sama…kami juga sering berbincang tentang bagaimana untuk memperkukuhkan lagi hubungan kami dimana jarak menjadi faktor utama dlm perhubungan ini…saya memang tidak kisah sangat tentang jarak…tetapi masalahnya adalah pada sidia…dia kadangkala merasai rindu yg terlalu amat sehingga merasakan ianya sesuatu beban yg kadang2 tidak sanggup ditanggungnya…

pada bulan kedua hubungan kami…setelah dia datang sini dan berjumpa…dia hampir2 berputus asa kerana merasakan jarak itu akan menjadi masalah besar tentang jarak kami…tapi saya tetap tidak mahu melepaskan dia kerana terlalu sayangkan dia…bagi saya hanya mati yang boleh memisahkan kami…saya menangis tanpa henti ketika berhubung dengan dia malam itu…alhamdulillah akhirnya dia pun menerima kenyataan itu dan berjanji tidak akan meninggalkan saya dan tidak mahu kehilangan saya…

tetapi sekarang datang kembali perasaan sidia yang sebelum itu…dia masih sangat menyayangi saya…maka dengan rasa sayang itu dia mungkin nanti terpaksa melepaskan saya kerana tidak sanggup menanggung beban jarak ini…apatahlagi rindu yang kuat…bila saya tidak mahu dan berdegil…dia mengatakan saya mementingkan diri sendiri…

dia akan datang sini lagi hujung minggu ini dan akan duduk disini selama lebih dari seminggu…tapi dia ingin berbincang nanti tentang rasional hubungan jarak jauh kami ini…saya memang tetap ingin mempertahankan hubungan kami kerana sayang saya yang kuat kepadanya…

kami langsung tiada masalah lain selain merasai rindu yang amat dan dia pula faktor jauh itu kadang2 membebankan dirinya…

jika sekiranya saya ingin mengutarakan frasa ayat seorang blogger berikan dalam post ini kepadanya: “Sejauh mana JASAD kita dipisahkan itu tidak penting, yang penting sejauh mana HATI kita dipisahkan” kemudian dia tetap memberikan jawapan tentang faktor jauh itu…apakah pula yg harus saya jawap untuk memberikan dia keyakinan terhadap hubungan kami ini? bagaimanakah lagi caranya untuk saya mempertahankan hubungan kami yang ada sekarang…saya memang sudah berkali2 memberikan jawapan dan cara2 kepadanya sepanjang hubungan kami ini…maka apakah ada lagi jawapan lain untuk saya meyakinkan dirinya?

kenapa jarak sering membebankan sebuah percintaan yang tulus ikhlas dan indah?

saya harap anda dapat memberikan jawapan walaupun post ini sudah lebih setahun lamanya…terima kasih…

wassalam…

DY9

Reply

44 hafiq February 28, 2010 at 1:54 pm

hai sy nk join bley kn??? cinta jarak jauh mmg sukar utk d lalui
mcm sy kdah n9 sy asa susah aty sy ni orang biasa
tapi sdia tidak..artis..sy mcm xlayak tpi sdia syg sngt ng sy…tapi
sy x mcm owng laen sy x bebas sy sdy r…..

Reply

45 Arianna March 4, 2010 at 1:52 am

sy bcinta jarak jauh jgk ….sy di kl…die blajr d batu pahat…namun, rumahnya disini..selayang…stakat ni masih bertahan…cume kerap bgduh hal2 kcik.. sgt mncabar kerana si dia blajar di sana kbtuln bersama2 ex gf nye..ex gf dia tu masih menyayangi die..dan sehabis baik cuba mndapatkannya kembali…(sehingga kini) sy cuma mmpu yakin pada diri sy bhwasanya dia setia… tapi kdg kala cemburu itu pasti dtg mngunjungi diri…kdg bgaduh pasti tersebut nma ex nye…

Reply

46 bebe March 10, 2010 at 12:50 pm

cinta jarak jauh..mcm bebe gek.sedih tau bf bebe di JB n bebe di KL.jumpe cme sekali jek sebulan.bebe takut jek die berubah hati cari yang ln..ye lh bebe ni xder la cntik but bf bebe ni hndsome blh..bebe tkt mcm mane yea

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: