Selamat sejahtera rakan-rakan sekalian.
Buat pertama kalinya di Blog Seni Cinta, Hazwan akan mengungkap rahsia untuk menghangatkan dan menyinarkan cinta yang kian pudar dengan seni dan sains Feng Shui.
Feng shui merupakan seni dari China di mana mereka percaya bahawa posisi objek di sekeliling kita mempengaruhi aliran energi positif ke hidup kita.
Berikut adalah tips feng shui untuk bilik tidur anda yang anda boleh ikuti dengan niat untuk memberi sinar romantis kepada hubungan anda.
Panduan Ringkas Cinta Dengan Feng Shui
Berikut adalah tips feng shui untuk bilik tidur anda yang anda boleh ikuti dengan niat untuk memberi sinar romantis kepada hubungan anda. Ketahuilah nasihat feng shui di bawah ini merupakan nasihat yang paling popular dan telah dipraktiskan di seluruh dunia.
1. Jangan tidur menghadap pintu kerana ia akan memberi kesan buruk terhadap hubungan anda.
2. Bilik tidur seharusnya kemas dan bersih untuk menggalakkan aliran energi positif masuk.
3. Elakkan bekerja atau bersenam di bilik tidur kerana ia akan mengurangkan suasana romantik di dalam bilik tidur.
4. Pintu bilik tidur anda seharusnya boleh dibuka dengan mudah tanpa menghasilkan bunyi geseran kerana bunyi tersebut boleh menghalang energi positif memasuki bilik anda.
5. Gantungkan gambar yang melambangkan cinta seperti pasangan burung atau bunga di dinding bilik anda. Seelok-eloknya gambar tersebut dapat terus dilihat sebaik sahaja anda masuk bilik anda.
6. Jika anda boleh melihat katil anda dari cermin bilik anda, ia membawa maksud bahawa orang ketiga akan muncul di dalam hubungan anda. ( syaitan pun dikira jugak
7. Susunkan katil anda agar terdapat ruang di sekililingnya kerana jika katil anda disusun rapat mengenai dinding dan anda tidur menghadap dinding akan menghalang energi positif.
Kebanyakan petua feng shui ini ada logiknya. Contohnya, jangan letak TV di bilik tidur anda kerana ia akan mewujudkan ketegangan di dalam hubungan anda.
Sebabnya, kehadiran TV boleh mengganggu suasana romantik dan ruang peribadi anda dan pasangan anda. Jika anda tidak boleh tidur, bacalah puisi atau novel cinta untuk mengisi masa lapang anda agar hubungan anda dan si dia dilingkari energi positif yang membawa kebahgiaan kepada anda.
photo kredit : yachtfan
