Top 10 Kesilapan Besar Perkahwinan

by AF Hazwan on

perkahwinan

Salam sejahtera semua.

Hampir setiap minggu, ada saja kita menerima undangan perkahwinan dari orang yang kita kenali. Sama ada mereka adalah sahabat kita, kaum keluarga kita, atau sekadar kenalan jauh, kita tetap boleh merasa kegembiraan yang ada pada sesebuah perkahwinan.

Bila kali terkahir anda mengalami perasaan ini?

Jika anda sudah berkahwin, cuba ingat kembali saat anda berjalan diiringi paluan kompang ke jenjang pelamin. Perasaan itu hanya anda dan pasangan anda sahaja mengerti. Indah :)

Bagi yang belum berkahwin, anda mungkin berasa santai untuk berfantasi tentang perkahwinan anda. Hati anda berdegup kencang, rasa ‘nervous’ memajang tetapi gembira yang teramat sangat.

Perkahwinan bukan sekadar untuk mengecapi ‘nafsu kebahgiaan’ semata-mata. Cinta itu indah. Anda suka pasangan anda. Dia pun suka kepada anda. Namun, ada elemen lain yang patut anda titik beratkan di dalam hidup anda sekarang di alam perkahwinan.

Saya kongsikan 10 kesilapan terbesar mengikut urutan yang selalu terjadi di dalam hubungan rumahtangga. Anggap sahaja ini adalah tips dan petua perkahwinan daripada saya :)

1.  Kurang sikap menghormati 

Jangan mengumpat atau mengata di belakang pasangan anda di hadapan rakan atau kaum keluarga anda yang lain. Si dia mahukan penghormatan dan penghargaan ikhlas dari anda.

2. Tidak mendengar pasangan anda dengan baik

Ini termasuk sikap anda yang suka ubah topik dan fikiran cepat melayang ke arah lain ketika si dia sedang bercerita atau meluahkan sesuatu kepada anda.  Mulai harini, cuba dengar dengan ikhlas dan penuh kasih sayang ketika si dia bercakap.

3. Kurang keintiman

Ini adalah ‘Swine Flu’ di dalam sesebuah hubungan selepas perkahwinan. Cepat-cepat jumpa pakar hubungan keintiman untuk nasihat di dalam isu ini.

4. Sentiasa nak betul

Selalu memberi ‘khutbah’ kepada pasangan anda. Ada kalanya kita harus mengaku kesalahan kita dan cuba menerima kritikan dengan sikap yang rasional. Bila kali terkahir anda rasa anda betul ketika berdebat dengan pasangan anda? Fikirkan semula.

5.  Tidak membuat seperti yang dikata

Bila anda berkata atau berjanji sesuatu. Laksanakan. Si dia pasti makan hati jika anda tidak ‘walk the talk’. Jangan main cakap sahaja. Tunjukkan dan buktikan anda melaksanakan apa yang anda kata.

6. Kritikan pedas

Kadangkala gurau atau ‘teasing’ boleh menyebabkan si dia makan hati. Anda tidak sedar. Dalam hatinya sapa yang tau. Jika anda rasa dia tidak memberi respons yang baik terhadap ‘gurauan’ keras anda, hentikan segeral. 

7. Tidak jujur

Pendek kata. Buat jahat dibalas jahat.

8.  Sikap ‘annoying’

Jika anda ada habit yang tidak baik seperti pengotor, suka membebel atau apa sahaja yang menyakitkan fizikal dan mental si dia, sila hentikan. Mula-mula memang boleh terima tetapi lama-lama rasa nak yang lain pulak. Jangan marah.

9.  Sikap mementingkan diri sendiri

Jangan mementingkan diri sendiri seperti tidak suka rakan si dia datang rumah tetapi bila rakan sendiri buat macam party pulak kat rumah. Hormati kesukaan dan kemahuan pasangan anda.

10. Sikap panas baran

Kemarahan memang musuh di dalam sesebuah persahabatan dan hubungan rumahtangga. Bila marah, semua tak jadi. Sebelum anda melakukan tindakan tidak rasional ketika marah (lepas talak tiba2 ke ops ) tolong belajar macam mana nak kawal kemarahan tu SEKARANG.

Baiklah, itu dia 10 kesilapan yang seboleh-bolehnya patut di elakkan di alam perkahwinan. Anda nak terus kekal di dalam perkahwinan anda? Mudah. Baca setiap 10 kesilan perkahwinan di atas dan fikirkan cara bagaimana nak mengatasi setiap satu masalah ini.

Well, jika and ada lagi tips atau nak tambah lagi kesilapan ni jadi 88 kesilapan perkahwinan pun boleh juga. Nak cara cepat selamatkan perkahwinan sila tinggalkan di ruangan komen di bawah ya :)

 

Hazwan

Kadangkala Tidak Terlepas Dari Kesilapan

Baru! Anda boleh TWEET post ini ke akaun Twitter anda. Letakkan username dan password untuk kongsi artikel ini dengan rakan-rakan Twitter anda sekarang.

Twitter Username:

Twitter Password:

 

Maklumat anda adalah rahsia dan hanya satu tweet akan dihantar.

Powered by SeniCinta

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 1 trackback }

Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan | Tips Cinta Untuk Masalah Cinta Anda
June 12, 2009 at 2:32 am

{ 12 comments… read them below or add one }

1 Logen May 22, 2009 at 5:36 am

Sememangnya nasihat yang bagus saudara hazwan.nasihat yang patut diikuti. Ade perkara tu kita boleh start sebelum kawin lg.Mcm control temper n being a good listener. Mari kita amalkan amalan2 ni utk kebahagian kita pada masa depan.

Reply

2 wesca May 22, 2009 at 6:04 am

tq…dgn tips tu..well sy kan jdikan ia sbgi panduan utk sy kembalikan kebhagian kelurga sy..tpi ada hal ge yg sy nak kongsi..cama mana sy nak buka hati sy ge dgn suami sy sb hati sy rsa macam dah trtutup utk dia..?

Reply

3 Laila May 22, 2009 at 11:11 am

setuju sangat dengan 1o tips diatas…sebagai persediaan untuk masa depan yang bahagia dan aman…tu la, before kawen kena kenal betol2..kena discuss apa do’s and don’ts after kawen…..suma orang nak hepi family tapi tak tahu macam mana nak apply..so, tips diatas memang bagus…untuk saya and my future husband.=).

Reply

4 kisahsensasi May 23, 2009 at 12:19 am

Dalam perkahwinan bile berlakunya permasalahan komunikasi yang baik perlu ada…berdiam diri tanpa sebarang usaha menjernihkan keadaan tidak membantu selesaikan masalah

Reply

5 Violet87 May 26, 2009 at 7:54 am

wesca: if rasa hati dah tertutup….wat r u waiting for??mesti ada jalan penyelesaian kepada suma ni…why not dicuss ngan husband and luahkan segala2nye…..ingat kembali saat2 gembira and fikir balik why u married him…..of coz sebab cinta kan??if u rasa hubungan u masih boleh diselamtkan…cepat2 ambil tindakan sebelum terlambat…

p/s: dapatkan buku dari AF Hazwan…maybe it can help u=)

Reply

6 Najib June 1, 2009 at 4:25 am

Tips ni mmg bagus. Dlm perkahwinan komunikasi dgn pasangan sangat penting. Sikap bertolak ansur perlu kita utamakan.. Bila suami atau isteri memberi teguran, salah seorang mesti mendengar dengan teliti tanpa sibuk mempertahankan diri atas teguran itu..Dgr dulu sehingga habis dan bawa berbincang

Reply

7 intan369 June 11, 2009 at 12:00 pm

mmg btul..lau dlu sy ssh nk trima tguran suami..bla suami tgur sy larikan dri n x mau dgr die bleter..tp sy juga yg hmpir nk gler bla pkahwinan yg dbina tinggal dhjung tanduk..sy x nk bpisah dgn suami.sy nk selamatkan umahtangga tp sy dh x tau nk buat mcm ner lg..jd buntu..menangis pun x gne dh..sy cb tuk maafkan suami tp tkut tluka lg..

Reply

8 intan369 June 11, 2009 at 12:02 pm

skrg sy x tau suami dmana mbawa dri krn sy tinggalkan umah..sy spt ilang arah krn jd istri yg derhaka..hendak bg pluang pd suami tp tkut die akan lukakan ati sy lg..penipuan tlalu byk mnyebabkan sy tkut nk pcaya kta2nya lg..

Reply

9 nitro June 14, 2009 at 12:14 pm

tip ni mmg bagus…tambahan lg sy dgn isteri dah xsemesra mcm mula2 berkahwin sedangkan usia kami baru saja melangkau 2tahun pada  yang..kami dah xsemesra lg msg2 hipokkrit dgn dri masing2..mgkin anak salah satu faktor menyebabkan kehidupan kami sunyi…dia blum bersedia nak ada anak lg kerana sibuk dgn urusan  kerjanya….sedangkan sy mahukan anak…kami sering bertekak mengenai hal ini…hinggakan sy hampir hilang sabar dan mencabar kelakian sy..bntulah sy….

Reply

10 tasyha June 18, 2009 at 2:01 am

i felt so sorry for you..tp klau bleh adjasla elok2
 

Reply

11 misz October 3, 2009 at 7:47 pm

salam..

suka pla baca tips perkahwinan ni..utk dijadikan panduan d masa hadapan…

aku masih berstatu miss…that’s mean..still not married yet…so bila belum kawin ni mesti nak cari guide utk perkahwinan…tapi..bila dalam tempoh mencari tips2 ni byk yg masalah yg aku jumpa..bukan lagi tips tapi masalah..kdg2 membuatku berfikir takut pla nak kawin ni…hehehhe…ada yg masalah x anak, lain pla yg ada masalah dgn mertua..lagi haru bila suami ada org lain..huhuhu..tu tak termasuk kalu fikir bab2 tanggungjawab seorg isteri…fuh..takutnya…aku takut gagal dalam perkawinan…aku nak sbuah perkahwinan yag perfect n bahagia…tapi aku sedar itu adalah mustahil..sedangkan lidah lagi tergigit..ini kan pula suami isteri..cuma apa yg mampu ku buat buat masa ni kumpul tips sbanyak mungkin agar dapat menjadi isteri solehah..cheewah..bole ke? mudah2an..amin..heheheeh.doa2 kan la sy yee…

Reply

12 delime September 27, 2011 at 9:00 am

saya stuju dgn tip-tip diatas, tapi satu jak yang tidak tersenarai diatas & manjadi permasalah dalam perhubungan kami suami ister. Berkaitan dengan isu mertua suka maasuk campur dalam urusan managment keluarga anak. kami dah cuba bawa berbincang tapi seolah2 perbincangan tu macam tak da respon langsung. saya betul2 makan hati.

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: